Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 16 Julai 2015 | Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri adalah pada petang Khamis, 16 Julai bersamaan 29 Ramadan 1436 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 16 Julai 2015

Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen, menurutnya.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Tempat berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak dan Kota Baharu yang kesemuanya di Kelantan.

Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.- BERNAMA

sumber
http://www.utusan.com.my/rencana/agama/tarikh-lihat-anak-bulan-syawal-pada-16-julai-1.111915#sthash.ce3WHwXA.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.