Isnin, 6 Julai 2015

Isnin, Julai 06, 2015
Video Mengejutkan Apabila Hakim & Suspek Rakan Satu Sekolah | Video ini memaparkan saat yang paling menyentuh emosi apabila suspek kes curi bernama Arthur Booth dan hakim yang mengadili kes beliau Mindy Glazer menyedari mereka berdua merupakan rakan sekelas di sekolah menengah yang sama.

Hakim Mindy Glazer yang mengendalikan kes ini tiba-tiba bertanya kepada Arthur adakah dia pernah bersekolah di Sekolah Menengah Natilus?

Video Mengejutkan Apabila Hakim & Suspek Rakan Satu Sekolah

Arthur tampak terkejut apabila Hakim melontarkan soalan itu kepadanya dan akibat malu dengan perbuatan jenayah  yang dilakukan dia terus menangis sambil mengatakan “Oh Tuhan” beberapa kali. Hakim Mindy Glazer kemudiannya meluahkan rasa simpati terhadap Arthur dan tertanya-tanya mengapa dia boleh terjebak dalam kancah jenayah kerana beliau sangat mengenali Arthur yang merupakan seorang budak yang baik dan cemerlang ketika di sekolah dahulu.

Arthur akhirnya dijatuhi hukuman denda sebanyak Usd43,000 atas kesalahan mencuri dan merompak. Sebelum menamatkan sesi perbicaraan,

Hakim Mindy Glazer sempat berpesan kepada Arthur agar tidak lagi mengulangi kesalahan jenayah yang dilakukannya dan menjalani kehidupan dengan mematuhi undang-undang.

Video yang viral di media sosial ini mendapat sehingga 6 juta tontonan dan rata-rata pengguna youtube memberikan komen positif tentang kisah mereka berdua ini.



sumber
http://sajakongsi.com/saat-menyentuh-emosi-apabila-suspek-menyedari-hakim-merupakan-rakan-sekelasnya/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.