Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Wall Street Journal Dakwa AS700 Juta, Duit 1MDB Dalam Akaun Najib | Wall Street Journal (WSJ) hari ini telah membuat satu kenyataan yang nampaknya agak berani apabila portal berita terkenal dunia itu melaporkan para penyiasar Malaysia telah mengesan hampir AS$700 juta deposit duit 1MDB di dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Wall Street Journal Dakwa AS700 Juta, Duit 1MDB Dalam Akaun Najib

Mereka mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan yang telah diperolehi daro akhbar kewangan antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Berdasarkan dokumen-dokumen berkenaan WSJ mendakwa buat kali pertamanya Najib telah dikaitkan secara lansung dalam siasatan terhadap 1MDB.

Mengikut siasatan yang dirujuk oleh mereka  berdasarkan dokumen-dokumen pihak penyiasat percaya pergerakan wang tunai di kalangan agensi-agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Pihak The Wall Street Journal konennya telah menyemak maklumat berkenaan termasuk borang-borang pemindahan bank dan carta aliran yang diperolehi oleh penyiasat kerajaan yang menunjukkan ada pergerakan aliran wang tunai.

"Najib tidak mengambil apa-apa dana untuk kegunaan peribadi," kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.

"Lawan politik pula, Najib tidak bersedia untuk menerima rekod atau fakta-fakta, terus cuba untuk melemahkan dia dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin untuk kepentingan politik semata-mata."

Najib sebelum ini telah menafikan tentang salah laku berhubung dengan 1MDB dan menggesa pengkritik menunggu tamatnya empat siasatan rasmi yang yang dijalankan terhadap 1MDB.

Wall Street Journal Dakwa AS700 Juta, Duit 1MDB Dalam Akaun Najib

Menurut portal itu lagi, penyiasat telah mengenal pasti lima deposit berasingan ke dalam akaun peribadi Najib yang datang daripada dua sumber berlainan.

Urusniaga terbesar setakat ini adalah sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana oleh sebuah bank yang dimiliki oleh Bank Of Switzeland iaiut Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank(juga milik Bank Of Switzeland) di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

Wang berkenaan dikatakan dipindahkan dari Falcon milik penuh dana itu ke dalam akaun peribadi Najib hanya selepas beberapa hari selepas satu perkongsian strategik ditandatangani antara Malaysia dan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Portal berkenaan turut mendakwa keadaan ini membawa kepada penerbitan bon AS$3 bilion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada ."'usaha sama 50-50 antara 1MDB dan Aabar untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange."

Ia mendakwa "maklumat perbankan itu telah diterima baru-baru ini oleh beberapa penguat kuasa undang-undang utama Malaysia, termasuk peguam negara".

Satu lagi permindahan yang dilakukan dakwa mereka adalah sejumlah wang AS$11 juta(RM42 juta) melalui SRC International Sdn. Bhd., Sebuah syarikat tenaga yang asalnya dikuasai oleh 1MDB tetapi telah dipindahkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012 di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan.

Penjelasan PM Najib Razak Mengenai Duit 1MDB Dalam Akaun Peribadinya

Apa yang mengejutkan melalui dakwaan ini yang di ambil oleh SRC International itu kerana ia didakwa adalah wang yang dipinjamkan oleh dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (KWSP).

WSJ mendakwa pada 10 Februari 2015, SRC International telah memindahkan RM10 juta ke dalam nombor akaun milik "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" di AmPrivate Bank.

Selian itu mereka mendakwa pada 26 Disember 2014, terdapat dua transaksi awal menyaksikan pemindahan RM27 juta dan RM5 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd ke dalam nombor akaun di AmPrivate Banking yang juga milik "Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak. "

sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/07/wall-street-journal-dedah-berjaya-kesan.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.