Jumaat, 10 Julai 2015

Jumaat, Julai 10, 2015
Wanita Cuba Selfie Terbunuh | Seorang wanita maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan ketika cuba mengambil selfie, Sabtu lepas.

Wanita Cuba Selfie Terbunuh

Laporan Mirror mengatakan Anna Krupeynikova, 21 terjatuh dari ketinggian 40 kaki selepas pagar yang beliau sandar patah.
 
Difahamkan, Krupeynikova sedang bersiar-siar bersama sekumpulan rakan ketika kejadian berlaku.
 
Menurut rakannya Anton, 19, Krupeynikova adalah seorang yang senyap dan juga periang.
 
"Ketika tiba di lokasi (kejadian) kami mengambil gambar," kata Anton.
 
"Saya dengar orang menjerit dan mengatakan Krupeynikova terjatuh," jelasnya yang baru beberapa bulan mengenali Krupeynikova.
 
Pihak berkuasa menyiasat samada Krupeynikova mengambil sebarang alkohol sebelum kejadian namun rakan-rakan Krupeynikova menafikan perkara tersebut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/wanita-cuba-selfie-terbunuh-1.409253


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.