Rabu, 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015
Wanita Maut Di Baham Buaya Ketika Tangkap Ikan | Seorang wanita maut selepas beliau dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan di Sungai Krian, Saratok petang semalam.

Wanita Maut Di Baham Buaya Ketika Tangkap Ikan
Gambar Hiasan
Mangsa, Bera Aun, 46 dari Rumah Panjang Minggu dipercayai hilang kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Lee Thai Lien yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.04 petang dan memaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dan Jabatan Pertahanan Awam bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat berserta penduduk kampung di lokasi satu kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira 7 malam.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Saratok. - BERNAMA

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/wanita-dibaham-buaya-ketika-menangkap-ikan-1.111580#sthash.F9MHcQ2h.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.