Khamis, 2 Julai 2015

Khamis, Julai 02, 2015
Yaya Boleh Balik Sebelum Hari Raya Aidilfitri | Ibu kepada mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, atau Yaya tidak sabar untuk membawa pulang anaknya itu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama pada tahun ini.

Yaya Boleh Balik Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Kata Sana Abdul Malek, dia bersyukur kerana Yaya sudah menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

“Dia juga sudah mula mahu berinteraksi dengan orang di sekelilingnya selepas dirawat di hospital.

“Semoga Hari Raya ini memberi sinar harapan baru buat kami. Sebagai ibu saya mahu dia melupakan segala penderitaan yang dilalui sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Wad Anggerik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Sana berkata, setakat ini dia belum sempat membeli persiapan Aidilfitri untuk Yaya kerana lebih menumpukan kepada proses rawatan yang dilalui oleh anaknya.

“Saya sangat gembira melihat keadaan Yaya yang kini sudah bo­leh makan, bercakap sikit-sikit dan mengadu lapar selepas hampir tiga hari tidak makan berikutan pembedahan ususnya.

“Dia cakap nak biskut, ais krim, ayam KFC dan nak keluar jalan-jalan. Saya sendiri pun tidak mahu bertanya apa yang berlaku padanya sebelum ini kerana mahu dia lupakan semuanya,” ujarnya.

Suri rumah itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan yang dilakukan polis ter­ha­dap ibu tiri serta bapa kandung Yaya.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa, biar pihak polis jalankan tanggungjawab mereka. Dia (ibu tiri) kata dia tidak buat kerana katanya semasa dia hantar kepada saya itu keadaan Yaya baik dan sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan, berkata, pesakit sudah menunjukkan perkembangan yang positif dan akan ditukarkan ke wad lain.

“Pesakit akan sembuh secara beransur-ansur dan mungkin boleh pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Buat masa sekarang, pesakit masih di wad pembedahan (Wad Anggerik), dan dijangka akan dirujuk semula ke Wad Pediatrik selepas dia boleh minum dan makan,” ujarnya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/yaya-dibenar-pulang-sebelum-hari-raya-aidilfitri-1.109588#sthash.4DbpeRdG.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.