Ahad, 12 Julai 2015

Ahad, Julai 12, 2015
Zur Eda Masih Kritikal | Penyanyi era 80-an, Zur Eda Mokhtar, 50, masih berada dalam keadaan kritikal namun memberikan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman pada buah pinggang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Zur Eda Masih Kritikal

Anak sulungnya Siti Sarah Zulkifli, 26, berkata, ibunya yang masih belum sedar itu berada dalam keadaan stabil namun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

"Keadaan mama masih lagi kritikal namun dia (Zur Eda) menunjukkan perkembangan positif. Buat masa ini apa yang disarankan doktor adalah untuk memberikan rehat secukupnya kepada mama.

"Alhamdulillah jika dibandingkan dengan keadaan malam tadi, lebih baik. Insya-Allah apabila betul-betul stabil, mama akan sedar.

"Doktor turut mengurangkan dos ubat untuk melihat reaksi kepada tubuh.

Alat bantuan pernafasan akan dihentikan apabila mama stabil nanti. Saya harap semuanya dipermudahkan, mama cepat sedar dan pulih semula," kata Sarah.

Tambah Sarah, ibunya dipercayai mengalami jangkitan kuman pada buah pinggang menyebabkan penyanyi itu demam teruk sejak beberapa hari lalu.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/67021


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.