Khamis, 13 Ogos 2015

Khamis, Ogos 13, 2015
12 Anggota Bomba Terbunuh Dalam Satu Kebakaran Besar Di China | Seramai 12 anggota bomba antara sekurang-kurangnya 44 orang yang terbunuh dalam letupan gudang di Pelabuhan Tianjin, manakala lebih 500 lagi cedera dengan 66 daripadanya parah.

12 Anggota Bomba Terbunuh Dalam Satu Kebakaran Besar Di China

Menurut AP, agensi berita Xinhua melaporkan lebih 1,000 anggota bomba berusaha keras mengawal kebakaran yang bermula selepas letupan tengah malam tadi dan Beberapa kenderaan bomba juga musnah. Seramai 520 orang dirawat di hospital, termasuk mereka yang cedera parah.

Letupan dipercayai berpunca daripada bahan mudah terbakar memusnahkan sepenuhnya bangunan gudang serta memecahkan tingkap bangunan yang jauhnya beberapa kilometer.

Seorang penduduk, Zhang Siyu yang rumahnya terletak beberapa kilometer dari gudang itu berkata, dua menyangka gempa bumi menyebabkan bergegas keluar.

12 Anggota Bomba Terbunuh Dalam Satu Kebakaran Besar Di China

“Apabila berada di luar barulah tahu ia letupan. Saya nampak api menjulang tinggi dengan asap tebal,” katanya.

Setakat ini belum diketahui punca letupan itu dan tiada toksik terbebas ke udara atau di darat.

Menurut polis Tianjin, letupan itu berlaku dalam gudang yang menyimpan kontena mengandungi bahan kakisan milik Ruihai Logistics yang diberi kebenaran mengenalikan bahan berkenaan.

Agensi berita rasmi China melaporkan ada pengurusan kanan syarikat itu ditahan untuk siasatan dan Presiden Xi Jinping menuntut hukuman setimpal terhadap mereka yang menyebabkan letupan itu.

12 Anggota Bomba Terbunuh Dalam Satu Kebakaran Besar Di China

Menurut Xinhua, letupan pertama menyebabkan beberapa letupan lain dan Biro Gempa Bumi Kebangsaan China melaporkan dua letupan besar direkod dengan letupan pertama menyamai tiga tan TNT manakala yang kedua 21 tan.

Menurut Beijing News, beberapa bangunan serta gudang milik syarikat lain turut musnah dan lebih 1,000 kenderaan rentung.

Menurut Reuters, letupan itu amat kuat sehinggakan dapat dilihat satelit di angkasa lepas, mewujudkan gegaran sejauh beberapa kilometer di bandar raya berpenduduk 15 juta orang itu. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/70182


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.