Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
2 Paraglider Maut, Tersangkut Di Pokok Gunung Jerai | Dua orang paraglider maut selepas payung terjun mereka tersangkut pada pokok di tebing curam ketika melakukan luncur udara di puncak Gunung Jerai di sini tengah hari Ahad.

2 Paraglider Maut, Tersangkut Di Pokok Gunung Jerai

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52.

Mohd Hazlan yang merupakan anggota polis di Balai Polis Simpang Empat, Perlis adalah tenaga pengajar paragliding di Kelab Luncur Udara Indra Kayangan manakala Liang pula merupakan sub kontraktor syarikat swasta.  

Saksi berkata payang terjun yang dinaiki mangsa kelihatan tidak stabil disebabkan keadaan angin kencang sebelum mereka terjatuh pada tebing curam.  

2 Paraglider Maut, Tersangkut Di Pokok Gunung Jerai

Katanya kedua-dua peluncur itu merupakan yang terakhir berlepas selepas enam peluncur lain terjun dengan selamat.    

Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata pihaknya mendapati mangsa tersangkut pada pokok di tebing curam kira-kira empat kilometer dari puncak gunung dan diturunkan oleh anggota bomba pada ketinggian tebing kira-kira 50 meter.    

Katanya mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/09/paraglider-maut/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.