Sabtu, 15 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 15, 2015
Abby Abadi: "Biarlah ini Perkahwinan Terakhir Saya" | Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah.

Abby Abadi: "Biarlah ini Perkahwinan Terakhir Saya"

Menruut Abby, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya.

"Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu.

"Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis pada hari ini (Jumaat) berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, Abby berkata, dia terbuka hati untuk menerima Muhammad Faizal kerana sikap rendah diri lelaki berkenaan selain menerima dia seadanya.

"Paling penting dia terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Faizal berkata, mereka berharap dapat dikurniakan dengan cahaya mata secepat mungkin sebagai penyeri rumah tangga mereka.

"Kalau boleh (nak) kembar... Apa pun kami berharap diberikan rezeki cahaya mata secepat mungkin," katanya yang sudah mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Tambahnya lagi, mereka juga merancang untuk membawa anak-anak bercuti ketika berbulan madu nanti.

Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ini.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/08/15/abby-kahwin-last/ 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.