Sabtu, 15 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 15, 2015
Ahmad Said Bersumpah 1MDB Pernah Hampir Cagar Minyak Terengganu | Bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said kali ini sanggup bersumpah mempertahankan dakwaannya sebelum ini yang terdapat sebuah syarikat milik 1MDB pernah cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu.

Ahmad Said Bersumpah 1MDB Pernah Hampir Cagar Minyak Terengganu

Memetik laporan Free Malaysian Today, menurutnya perkara ini turut diketahui oleh Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud dan Tuanku sedia maklum hal berkenaan.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini,” katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Ahmad menegaskan dia sanggup mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.

Sebelum ini jugak di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ahmad pernah mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.

Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) cuba menjadikan industri minyak dan gas negeri sebagai cagaran adalah tidak benar sama sekali.

sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/08/ahmad-said-bersumpah-syarikat-1mdb.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.