Sabtu, 22 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 22, 2015
Apa Yang Tertulis Tu Sangat Memalukan & Mengaibkan - Zizan Razak | “Saya sangat mudah orangnya. Kalau ada apa yang tidak puas hati, boleh datang cakap terus dengan saya dan tidak perlu terus kepada media. Kalau hubungi saya tak dapat, boleh tinggalkan pesanan kepada saya. Saya dah berumur 31 tahun dan tak suka hal sebegini diperkecohkan. Tapi saya tak kisah dan akan ketepikan perkara itu. Saya juga maafkan dia dan saya pun minta maaf jika saya ada buat silap.

Apa Yang Tertulis Tu Sangat Memalukan & Mengaibkan - Zizan Razak

“Kalau nak uar-uarkan kepada pihak media mengenai perkara ini, tolong fikirkan air muka ibu dan bapa saya dulu. Nak cakap pasal saya tak apa, tapi fikirlah dulu yang saya masih ada ibu dan bapa di rumah yang mungkin membaca ruangan akhbar itu. Apa yang tertulis itu sangat memalukan dan juga mengaibkan. Jadi, berfikir jauh dulu sebelum kita bercakap,” ujar Zizan.

Apa Yang Tertulis Tu Sangat Memalukan & Mengaibkan - Zizan Razak

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk berjumpa dengan Emma bagi membincangkan mengenai isu yang berbangkit, Zizan berkata, “Bila dah tersebar macam itu, saya rasa dah tak perlu lagi untuk jumpa atau berbincang dengan dia,” tuturnya ringkas.

Jawapan Zizan ketika ditanya mengenai sejauh mana kebenaran status Emma yang menulis “playboy” di mana seolah-olah ditujukan kepada dirinya, ini jawapan pelakon filem ‘Mael Lambong’ itu.

Apa Yang Tertulis Tu Sangat Memalukan & Mengaibkan - Zizan Razak

“Playboy atau tidak playboy, bagi saya tidak ada kena-mengena dengan dia dah. Dia pun dah bahagia dengan ada orang baru di sebelahnya.

"Dah Playboy Tu Mengaku Ajelah" - Emma Maembong Kepada Zizan Razak?

Lagipun, saya tak pernah ganggu hidup dia dan sentiasa mendoakan agar hidup dia bahagia,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Apa Yang Tertulis Tu Sangat Memalukan & Mengaibkan - Zizan Razak

Zizan ditemui media sewaktu majlis perasmian kedai serbaneka 24 jam miliknya, ZizanMart di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

sumber
http://extra.tonton.com.my/entertainment/zizan-razak-saya-tak-pernah-ganggu-hidup-dia/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.