Jumaat, 14 Ogos 2015

Jumaat, Ogos 14, 2015
Bakar Ferrari Kerana Dah Rasa Bosan | Seorang lelaki didenda 20,865 Pound (RM130,748.28) kerana membakar Ferari miliknya dalam rancangan untuk menipu pihak insurans untuk membeli kereta baharu.

Bakar Ferrari Kerana Dah Rasa Bosan

Menurut laporan Dailymail, lelaki tersebut yang tidak dinamakan, berusia 20 tahun yang memiliki 15 lagi kenderaan mewah telah merasa bosan dengan Ferrari 458 Italia miliknya.

Beliau kemudian didakwa merancang dan berkomplot bersama tiga orang lagi rakan untuk menjayakan penipuan tersebut.

Hakim menjatuhkan hukuman 22 bulan pengawasan dan denda manakala tiga orang rakannya tersebut pengawasan selama 14 hingga 16 bulan.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga merupakan seorang anak usahawan Zurich telah dinasihatkan oleh pengilang kereta tempatan untuk melakukan jenayah tersebut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/bakar-ferrari-kerana-sudah-bosan-1.419181


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.