Rabu, 12 Ogos 2015

Rabu, Ogos 12, 2015
Bayi Lelaki Budak 11 Tahun Mangsa Rogol Meninggal Dunia | Bayi lelaki yang dilahirkan seorang budak berusia 11 tahun, Rabu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah, kira-kira 3 pagi tadi.

Bayi Lelaki Budak 11 Tahun Meninggal

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM).

“Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat komplikasi dalam perut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/69947#sthash.DRoxRwBU.dpuf



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.