Ahad, 2 Ogos 2015

Ahad, Ogos 02, 2015
Budak Ajaib, Terselamat Walau Di Gilis 2 Tayar Kereta : Seorang budak lelaki berusia dua tahun dianggap budak ajaib apabila terselamat dan tidak cedera selepas digilis kereta, baru-baru ini.

Budak Ajaib, Terselamat Walau Di Gilis 2 Tayar Kereta

Kejadian berlaku apabila kanak-kanak itu, Xiao Hai berdiri di lorong berhampiran rumahnya sebelum kereta yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba mengundur.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan pemandu itu mengundurkan keretanya dan terus melanggar Hai hingga terjatuh.

Lebih mengejutkan, tayar belakang dan hadapan kenderaan berkenaan dilihat menggilis kanak-kanak itu.

Pemandu kereta itu dilaporkan tidak menyedari dia melanggar Hai dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa saat selepas dilanggar, Hai dilihat bangun sebelum seorang pemilik kedai berhampiran datang dan mendukungnya.

Ibu Hai terus membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan dan terkejut apabila doktor memberitahu kanak-kanak itu tidak cedera. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/67654?#sthash.JTOJNDDr.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.