Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 08, 2015
Bukan Tindakan Tatatertib : Zahid Hamidi : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perpindahan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bukan tindakan tatatertib.

Bukan Tindakan Tatatertib : Zahid Hamidi

Beliau berkata, ia prosedur biasa bagi penjawat awam dan tiada kaitan langsung dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyoal siasat kedua-dua pegawai kanan terbabit.

"Saya berpendapat, ia hanya soal pentadbiran yang biasa dilakukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap mana-mana kakitangan awam.

"Penjawat awam boleh dipindahkan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja kerana tertakluk kepada arahan pekeliling dan perintah am. Malah, ada akujanji ditandatangani ketika pelantikan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas isu perpindahan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ke JPM, berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sebelum berlepas pulang ke ibu negara, hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/69099?#sthash.trN00OyK.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.