Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
Bunuh: Anak Datuk Di Hukum Mati| Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki setelah didapati bersalah membunuh seorang eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap di Sungai Petani pada 2006.

Bunuh: Anak Datuk Di Hukum Mati

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian ke atas Shahril Jaafar, 34, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Shahril yang merupakan anak seorang kenamaan bergelar Datuk didakwa membunuh Gaik Yap, 25, di dekat Kelab Cinta Sayang antara pukul 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan pukul 3.05 pagi, keesokannya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 25 Jun 2013, Shahril dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri.

Keputusan tersebut diketepikan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tahun lepas setelah mendapati wujud kes prima facie terhadap Shahril yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh.

Tertuduh menjalani perbicaraan penuh sejak Oktober tahun lepas di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anak-datuk-ke-tali-gantung-1.122313#sthash.UBBub6ov.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.