Ahad, 16 Ogos 2015

Ahad, Ogos 16, 2015
Dato Lanyak Budak Sekolah & Lepaskan Tembakan | Akibat salah faham dua remaja berusia 17 tahun dipercayai dibelasah seorang bekas pegawai polis bergelar Datuk yang juga jiran rakan mereka dalam kejadian di Seksyen 7 Shah Alam, Jumaat lalu.

Dato Lanyak Budak Sekolah & Lepaskan Tembakan

Dalam kejadian itu, bekas pegawai polis berkenaan turut dikatakan mengacukan senjata sebelum melepaskan satu das tembakan ke udara.

Salah seorang saudara kepada remaja itu menyatakan melalui laman sosial, dua remaja berkenaan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, datang ke rumah rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran namun rakan mereka tiada di rumah.

Sementara itu, dalam laman sosial yang dimuatnaik dipercayai anak kepada pemilik rumah, menyatakan kedua-dua rakannya itu masuk ke rumahnya kerana pintu pagar sudah terbuka namun tiada sesiapa di rumah sebelum jiran mereka menangkap kedua-duanya.

Dato Lanyak Budak Sekolah & Lepaskan Tembakan

"Pintu pagar terbuka, mereka ingat ada orang di rumah dan selepas mendapati tiada sesiapa, kedua-duanya keluar sebelum ditangkap jiran.

"Mereka dituduh mencuri tetapi semua ini salah faham," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis menerima tiga laporan polis berhubung kejadian itu dan dua remaja berkenaan sudah dibebaskan selepas disoal siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 323 KK dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/70775#sthash.6MKvO0fv.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.