Rabu, 12 Ogos 2015

Rabu, Ogos 12, 2015
Diana Danielle Hamil Anak Kedua | Minggu lepas, gambar Diana Danielle yang dipercayai sudah hamil anak kedua menjadi topik hangat di Forum Cari. Menerusi foto tersebut, jelas menunjukkan perut Diana yang sudah pun membesar dan ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Diana Danielle Hamil Anak Kedua

Selepas lama peminat berteka-teki, akhirnya Farid Kamil telah mengesahkan isteri tercinta beliau kini sedang hamil cahaya mata kedua mereka.

Buat masa ini, Diana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan kali ini. Farid juga memberitahu beliau dan isteri telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak kedua mereka nanti. Farid mahu perkara tersebut menjadi satu kejutan buat mereka berdua.

Walaupun kandungan Diana sudah memasuki usia 5 bulan, pasangan berkenaan tidak belum lagi membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka lagi setakat ini.

Alhamdulillah, saya mendapat rezeki untuk kali kedua. Saya bersyukur kepada Allah kerana bagi saya merasai satu lagi peluang untuk memiliki cahaya mata. Alhamdulillah, kandungan isteri kini hampir memasuki lima bulan.

Saya tidak tahu jantina kandungan kedua dan tidak mahu tahu kerana kami berdua sudah bersetuju untuk tidak melihat jantina lebih awal. Kami terima apa sahaja jantina dan harap semua berdoa agar ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Alhamdullillah, nampaknya semakin bertambah besar lagi keluarga Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga segala proses ketika bersalin nanti berjalan dengan lancar dan selamat.

sumber
http://beautifulnara.com/tahniah-farid-kamil-sahkan-diana-danielle-hamil-anak-kedua/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.