Jumaat, 28 Ogos 2015

Jumaat, Ogos 28, 2015
Erma Fatima TETAP Mahu Cerai, Bade Enggan | Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis memerintahkan pengarah filem, Bade Azmi dan isterinya, Erma Fatima melantik jawatankuasa pendamai apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.

Erma Fatima TETAP Mahu Cerai, Bade Enggan

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mengendalikan kes berkenaan membuat keputusan itu selepas Bade selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu.

Erma selaku plaintif kes tersebut bagaimanapun tetap ingin meneruskan perceraian berkenaan.

Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.

Jelasnya lagi, peranan wakil tersebut adalah untuk cuba mencari jalan penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa' (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.

Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak, dibuat bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan dengan persetujuan bersama.

Terdahulu, pasangan berkenaan tiba bersama-sama ke mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman manakala Bade tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapat komen pasangan berkenaan berhubung kes itu gagal selepas mereka bergegas pulang sejurus prosiding selesai.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, dan Erma bernikah pada 30 November 1990.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.

Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan Erma.

Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/08/27/erma-bade-cerai/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.