Selasa, 11 Ogos 2015

Selasa, Ogos 11, 2015
Fara Mendoza Terkejut Fizz Fairuz Tak Mengenalinya |  "Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar.

Fara Mendoza Terkejut Fizz Fairuz Tak Mengenalinya

"Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini.

"Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi.

"Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami", ujar Fara Mendoza setelah Fizz mengeluarkan kenyataan tidak mengenali dirinya.

Fizz Fairuz Tak Kenal Fara Mendoza

Setelah dihimpit pelbagai macam soalan Fizz Fairuz telah tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung isu beliau menggoda aktres Fara Mendoza menerusi WeChat dan mengakui tidak pernah kenal dengan wanita berkenaan.

Fara Mendoza menerusi Berita Harian merasa sangat terkejut apabila Fizz mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan beliau mempunyai bukti yang kuat mengatakan aktor tersebut mengganggu beliau.

Kenyataan Almy Nadia Kepada Fara Mendoza

Sekarang ini tidak tahu siapa yang salah ataupun siapa yang berada di pihak yang benar. Masing-masing sudah muncul dengan pengakuan dan penafian.

Apa-apapun perkara ini harus di siasat dengan terperinci agar ia tidak berpanjangan. Kesian pada Almy Nadia yang turut sama terpalit dalam kontroversi ini selaku isteri Fizz Fairuz.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.