Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 08, 2015
Geram Di Rompak, Nenek Nekad Langgar 4 Perompak Ganas : Geram dirompak menyebabkan seorang mangsa nenek bertindak nekad melanggar empat penjenayah dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Rondo dipandunya.

Geram Di Rompak, Nenek Nekad Langgar 2 Perompak Ganas

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, mangsa berusia 59 tahun dirompak suspek menaiki dua motosikal di Taman Bukit Indah 1/16 di Ampang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad, mangsa yang memandu kenderaan MPV diekori penjenayah bersenjatakan parang sebelum suspek bertindak menghalang laluan mangsa.

Menurutnya, salah seorang suspek kemudian memecahkan cermin kenderaan mangsa sebelum mangsa panik dan memecut kenderaannya itu.

Bagaimanapun, mangsa ditahan semula tidak jauh daripada lokasi itu oleh penjenayah sebelum dipaksa menyerahkan gelang dan jam tangannya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/69060?#sthash.ek6nWou0.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.