Khamis, 13 Ogos 2015

Khamis, Ogos 13, 2015
Hazami Terganggu Khabar Angin Dirinya Meninggal Dunia | Hazami meminta orang ramai agar tidak terus mempercayai khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya dia meninggal dunia.

Hazami Terganggu Khabar Anging Dirinya Meninggal Dunia

Pengurusnya Aszuad Zakaraia berkata, Hazami berasa sedikit terganggu dengan tuduhan itu selepas dia menerima banyak panggilan telefon yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.

“Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut,” katanya.

Terdahulu Hazami atau atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada Jumaat lalu akibat mengalami pendarahan usus.

Mengenai perkembangan terbaharu Hazami, Aszuad berkata, penyanyi itu telah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan berkenaan pada tengah hari Rabu.

Dia kini tinggal bersama ibunya di Gombak dekat sini dan masih dalam pemerhatian doktor.

“Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya,” kata Aszuad.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/08/12/hazami-hidup/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.