Rabu, 19 Ogos 2015

Rabu, Ogos 19, 2015
Hero Selamatkan Budak Dari Di Culik | Seorang lelaki beraksi bagaikan hero ketika menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang bergelut dengan tiga lelaki dalam cubaan culik di Jalan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, di Sungai Petani, semalam.

Hero Selamatkan Budak Dari Di Culik

Kejadian dipercayai berlaku jam 7 pagi ketika kanak-kanak terbabit yang juga anak tunggal dikatakan ke padang berhampiran rumahnya untuk mengutip batu bagi aktiviti di sekolah sebelum dihampiri lelaki berusia 20-an yang datang menaiki van.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Aini, 30, berkata, anaknya memaklumkan ketika leka mengutip batu, tiba-tiba lelaki datang menghampiri lalu menarik lengannya dengan kuat.

“Ketika itu, berlaku pergelutan antara anak saya dengan lelaki terbabit sebelum muncul lelaki berusia 30-an menaiki motosikal datang membantunya.

“Anak saya memberitahu lelaki yang membantunya turut dihalang dua lelaki berusia 20-an yang berada di dalam van berwarna putih dengan menggunakan parang dan ketika itu, anak saya mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/71360#sthash.2XkRhnvF.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.