Sabtu, 15 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 15, 2015
Hina Najib : ZuanBikinPanas Melodi Di Gantung Tugas? | Peminat hiburan mesti kenal denganWartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi terbitan TV3, Zuan Bikin Panas.

Hina Najib : ZuanBikinPanas Melodi Di Gantung Tugas?

Baru-baru ini menerusi Free Malaysia Today, khabarnya Zuanbikinpanas Melodi telah digantung tugas selepas bertindak memuat naik status dan gambar di Instagram yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun menurut FMT lagi, sehingga berita ini ditulis tiada pengesahan rasmi daripada Media Prima berhubung laporan itu.

Sebelum ini, Zuan Azmi yang lebih dikenali Zuanbikinpanas dalam program hiburan berkenaan memuat naik sekeping gambar Najib yang telah diedit.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, dia kemudian memohon maaf.

“Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,” tulisnya di laman Instagramnya.

Jelas Zuan lagi, gambar yang dimuat naik itu bukan yang dihasilkannya tetapi telah diedit oleh orang lain.

Dia mendakwa diperolehinya daripada Whatsapp.

“Caption “Amboi posing takmau kalah no” juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara,” jelasnya.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu. Utk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma sy perolehi dari beberapa whats app group saya setelah menjadi topik perbualan. Caption "Amboi posing takmau kalah no" juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara. Segala yang dikongsikan di akaun saya adalah pandangan & kata-kata peribadi saya sahaja & tidak mewakili mana-mana pihak & organisasi. Saya juga akan lebih berhati-hati & lebih bertanggungjawab dalam berkongsi apa sahaja di akaun Instagram saya selepas ini. Saya amat berharap permohonan maaf secara terbuka ini akan diterima dengan baik oleh semua pihak. Sesungguhnya segala kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Saya juga mendoakan kesejahteraan buat semua yang membaca permohonan maaf terbuka ini. Amin YRA
A photo posted by Zuan Azmi Official's (@zuanbikinpanas) on


sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/15/wartawan-melodi-hina-pm-digantung-tugas/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.