Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung? | Agak lama tak dengar khabar berita tentang isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana. Menerusi perkhabaran terbaru yang diterima, Noor Dayana dikatakan telah hamil anak pertama untuk sekian lamanya.

Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung?

Menurut info, Noor Dayana telah hamil 4 bulan dan difahamkan juga kondisi kandungannya juga dalam keadaan sihat waalfiat.

Kalaulah benar perkhabaran ini, pasti ramai peminat yang akan tumpang gembira, malah kami yakin Noor Dayana juga mesti rasa bersyukur dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan.

Maknanya makin besarlah ahli keluarga Ashraf Muslim yang kini dia telah dikurniakan 2 orang anak daripada isteri keduanya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Semoga keluraga Ashraf Muslim terus dirahmati Allah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang soleh buat isteri-isterinya.

sumber
http://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/691396/isteri-pertama-ashraf-muslim-disahkan-hamil


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.