Selasa, 25 Ogos 2015

Selasa, Ogos 25, 2015
Jabatan Kesihatan Negeri Siasat Doktor Selfie Di Wad Bersalin | Jabatan Kesihatan negeri Johor sedang menyiasat aduan mengenai seorang doktor yang didakwa berselfie bersama seorang pesakit dalam posisi bersalin dan menjadi viral di laman media sosial.

Jabatan Kesihatan Negeri Siasat Doktor Selfie Di Wad Bersalin

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata jabatan itu sudah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas ini," katanya.

Beliau mengingatkan pengamal perubatan supaya tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan profesionalisme mereka.

Doktor tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dikritik di atas tindakannya yang tidak menghormati privasi pesakit.

Difahamkan doktor tersebut berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital berdekatan Taman Mount Austin di sini sejak tiga tahun lalu.

Dia terkenal dengan sikap suka berselfie ketika sedang bekerja di dewan bedah.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/24/doktor-selfie/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.