Isnin, 17 Ogos 2015

Isnin, Ogos 17, 2015
Juruterbang Terselamat Selepas Mendaratkan Pesawat Secara Terbalik | Seorang juruterbang yang terbabit nahas pada Ahad terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas mendaratkan sebuah pesawat dalam keadaan terbalik.

Juruterbang Terselamat Selepas Mendaratkan Pesawat Secara Terbalik

Pasukan kecemasan dihubungi untuk digerakkan ke Lapangan Terbang Wolverhampton Halfpenny Green di Stourbridge, United Kingdom pada kira-kira pukul 10.25 pagi Ahad (5.25 petang waktu Malaysia).

Sebuah ambulans, pasukan paramedik dan agensi Ambulans Udara Midlands bergegas di tempat kejadian.

Memetik laporan Birmigham Mail, bagaimanapun juruterbang yang terbabit nahas terselamat.

Seorang jurucakap bagi Perkhidmatan Ambulans West Mindlands berkata: "Juruterbang itu, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an keluar dari pesawat.

"Dia telah diperiksa oleh doktor Ambulans Udara Midlands dan didapati tiada kesan cedera yang dialami, kecuali hanya rasa sakit sedikit.

"Dia dibenarkan "keluar dari rawatan' di tempat kejadian." - Mirror

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/08/17/juruterbang-terselamat-dalam-nahas/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.