Isnin, 17 Ogos 2015

Isnin, Ogos 17, 2015
Kami Kini Memang Rapat - Iqram Dinzily & Uqasha | Teka-teki mengenai hubungan sebenar di antara Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose belum terjawab. Terlanjur menemubual Iqram tak sah ditanyakan lanjut mengenai hubungannya dengan kakak kepada Nelydia Senrose itu.

Kami Kini Memang Rapat - Iqram Dinzily & Uqasha

Baru-baru ini kedua-dua mereka berkongsi gambar mempamerkan kemesraan di akaun Instagram masing-masing, sekali gus mengundang pelbagai persepsi dan teka teki. Sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan cinta atau sekadar teman biasa, semuanya itu mungkin terlalu awal untuk dipastikan.

Iqram sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa orang artis seperti Soo Wincci dan terdahulu Fouziah Gous yang kini sudah berumah tangga. Apa komen Iqram mengenai Uqasha? "Kami baharu saja mengenali.

Masih terlalu awal untuk menjangka apa kesudahannya. Sebelum ini pernah bertemunya di acara hiburan selain mengetahui dia juga sering digosip dengan pelakon itu dan ini.

"Tapi saya ini jika tahu mana-mana wanita sedang berhubungan dengan lelaki lain, saya tak akan menjerat diri mendekati. Saya bukan jenis manusia yang suka mengganggu kebahagiaan perasaan orang lain.

"Kami jadi akrab selepas menyertai acara beraya di Kuching, Sarawak yang dianjurkan Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi pada 23 hingga 24 Julai lalu. Ziana Zain juga menjadi artis yang diundang selain kami.

"Masa di Sarawak itu, tak tahulah bagaimana boleh terbit perasaan untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Kami ada bergurau, mengusik dan bersembang sesama sendiri seperti biasa.

"Saya tak jangka dan rancang apatah lagi berniat untuk menimbulkan situasi seperti ini. Perasaan ingin kenal itu terbit secara tiba-tiba.

"Dia (Uqasha) pula jenis yang manja dan boleh menerima usikan serta gurauan secara terbuka. Kemudian kami boleh jadi ngam. Saya pun sudah lama tak ada kawan rapat sesama industri.

"Semua ini terjadi secara kebetulan," kata Iqram yang melihat persahabatannya dengan Uqasha tepat pada masa. Sejujurnya, Iqram tidak mahu terlalu terbuka berbicara mengenai Uqasha. Dia sebenarnya bimbang sejarah lama ketika rapat dengan beberapa artis berulang kembali dan tak kurang juga melabelkannya sebagai pelakon yang gemar menumpang populariti artis lain.

"Kalau ada yang tanya, saya selesa mengatakan kami di peringkat berkawan dan seterusnya mengenali hati budi. Memang bunyinya klise tetapi itulah hakikatnya.

"Tak ada apapun yang kami mahu sembunyikan. Kalau ada yang anggap saya jenis yang suka tumpang populariti... mungkin sejak lama lagi saya sudah lakukan plot cerita yang sama atau mungkin lebih daripada itu.

"Tapi dalam industri ini saya berusaha sendiri untuk berjaya. Saya lelaki tak ada masalah untuk hal sebegini. Tapi saya perlu hormati dia (Uqasha) sebagai seorang wanita.

"Selepas pertemuan di Sarawak itu, kami memang ada berjumpa lagi. Kami ada melepak bersama.

"Kebiasaannya saya keluar dengan dia bersama adik beradik serta sepupunya. Keluar berdua itu tak adalah. Kami pernah bermain go-kart dan lepak di kedai Mamak," katanya yang sedang melunaskan penggambaran drama Memori Cinta Suraya terbitan Global Station sejak September tahun lalu hingga sekarang.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/75149


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.