Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
Kapal Tangki, MT Jaoquim Di temui Di Pulau Rupat Indonesia | Sebuah kapal tangki minyak MT Joaquim yang dilaporkan hilang pada 9.30 malam Sabtu berjaya dikesan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) 14 batu nautika ke Timur Pulau Rupat, Indonesia pada 8.45 pagi tadi.

Kapal Tangki, MT Jaoquim Di temui Di Pulau Rupat Indonesia

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata kapal terbabit yang membawa muatan minyak mentah dilaporkan hilang semalam bersama 10 kru terdiri daripada sembilan warga Indonesia dan seorang Singapura.

Ujar Ahmad Puzi, pesawat pencari Bombardier CL 415 berjaya mengesan kedudukan kapal tangki terbabit yang berada 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia namun kargo kapal itu yang merupakan minyak mentah seberat 3,500 tan metrik hilang.

“Kapal ini tak berapa besar, jumlahnya 3,500 metrik tan. Jadi kalau kita menilai sedemikian jumlahnya mungkin dalam USD$300,000, lebih kurang RM1.2 juta,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat APMM hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Puzi tidak menolak kemungkinan penglibatan orang dalam sama ada anak kapal mahupun pihak pengurusan kapal tersebut.

“Itu sebablah saya nyatakan kita kena menyiasat. Sama ada kita bersama dengan Singapura atau Singapura membantu kita.

“Kita juga kena merujuk daripada segi perundangan, bagaimana kita nak menanganinya,” jelasnya.

Tambah Ahmad Puzi, ini merupakan rompakan pertama tahun ini dalam perairan Malaysia di Selat Melaka sejak 2014.

Operasi pencarian melibatkan empat buah kapal, 10 bot laju dan dua pesawat udara milik APMM dan turut disertai pasukan tentera negara jiran.

Dua daripada kru yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Melaka. Kapal yang berdaftar di Singapura itu kini berlabuh di lokasi ia dikesan akibat kerosakan dan akan diperbaiki sebelum dibawa semula ke Singapura.

Pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Indonesia untuk mengesan dalang di sebalik kejadian tersebut.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mt-joaquim-ditemukan-di-pulau-rupat-kargo-bernilai-rm1-2-juta-hilang-69056


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.