Ahad, 30 Ogos 2015

Ahad, Ogos 30, 2015
Kerana Buruk Perangai, Switzerland Sediakan Kereta api Khas Untuk Pelancong China | Sebuah syarikat kereta api di Switzerland menawarkan penyelesaian mudah untuk menangani masalah pelancong China yang dilihat berperangai buruk sehingga mengganggu penumpang yang mahukan ketenangan ketika melawat kawasan pergunungan negara itu.

Kerana Buruk Perangai, Switzerland Sediakan Kereta api Khas Untuk Pelancong China

Ketua syarikat Rigi Bahnen Peter Pfenniger berkata, pihaknya mewujudkan perkhidmatan khas untuk pelancong China selepas pengunjung mengadu tidak puas hati dengan perangai golongan itu termasuk sikap kurang ajar mereka meludah merata-rata.

Pfenniger mengakui kehadiran pelancong China ‘mencabar’, namun tidak menafikan syarikat meraih keuntungan berikutan hampir separuh daripada pelancong asing datang dari negara itu.

Berikutan itu, katanya, 20 kereta api disediakan seminggu bermula bulan depan yang akan dibersihkan lebih kerap berbanding gerabak biasa selain dimuatkan papan tanda untuk menunjukkan cara menggunakan tandas dengan betul.

Pfenniger turut menegaskan keputusan itu bukan untuk mendiskriminasi orang Asia atau China khususnya, tetapi untuk memastikan keselesaan semua penumpangnya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/73909#sthash.nZFcGrWP.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.