Khamis, 27 Ogos 2015

Khamis, Ogos 27, 2015
Kerana Ejek, Pelajar Koyak Kepala Di Belasah 5 Rakan | Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Setapak, terkoyak kulit kepala selepas dibelasah lima rakan sekelasnya.

Kerana Ejek, Pelajar Koyak Kepala Di Belasah 5 Rakan

Difahamkan kejadian berlaku jam 1 petang semalam ketika mangsa bersama lima suspek bermain di dalam kelas selepas tamat sesi persekolahan.

Sumber polis berkata, berlaku ejek mengejek sebelum mangsa dipercayai dipukul menggunakan kayu dan tong sampah sehingga mengakibatkan mangsa cedera.

“Mangsa mengalami luka teruk di atas kening kiri dan selain cedera di lengan.

“Kejadian hanya disedari kakak mangsa sebelum membawanya ke Balai Polis Wangsa Maju di sini, untuk membuat laporan polis,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/73221#sthash.55ag8U0s.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.