Ahad, 2 Ogos 2015

Ahad, Ogos 02, 2015
Kontena Kapal Di West Port Berlanggar | Menerusi laman media sosial, dilaporkan 2 buah kontena kapal di West Port, Port Klang berlanggar sesama sendiri ketika sedang memunggah barangan kargo di pelabuhan tersebut.

Kontena Kapal Di West Port Berlanggar

Menerusi beberapa komen pembaca, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2/3 petang Sabtu.

Selain itu, sebuah kren pengangkut kargo juga dilihat teralih tapaknya.

Menurut laporan MyMetro, kejadian itu berlaku apabila kedua- dua kapal iaitu M-V Northern Democrat dan Mol Empire yang salah satunya didaftarkan di Hong Kong dipercayai cuba berlabuh di limbungan pelabuhan berkenaan.

Ketika hampir di pelabuhan, kapal itu gagal dikawal menyebabkannya melanggar bahagian belakang kapal lain.

Pengurus Perhubungan Awam Wesport A Ruban berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Dalam kejadian hari ini tiada kerugian dan kecederaan dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, kontena yang terjatuh di dalam air itu juga sudah dialihkan dan operasi pelabuhan berjalan seperti biasa.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/67579#sthash.QmoKkJlh.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.