Jumaat, 21 Ogos 2015

Jumaat, Ogos 21, 2015
"LOW YATT 2" Bakal Beroperasi 2 Bulan Lagi | Pusat jualan komputer dan gajet elektronik ala Low Yat yang bakal dibangunkan di Bangunan Mara, Kuala Lumpur, dijangka memulakan operasi dalam tempoh tiga bulan lagi.

"LOW YATT 2" Bakal Beroperasi 2 Bulan Lagi

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan pusat itu pada peringkat awal akan membabitkan pembukaan 30 ruang niaga untuk para usahawan tempatan.

Katanya, perincian pelan pembangunan itu akan dibentangkan oleh Mara dalam mesyuarat pasca Kabinet, Isnin ini.

“Kita minta disegerakan pembinaannya yang dijangka dalam tempoh tiga bulan lagi sudah dapat beroperasi setelah kerja-kerja pengubahsuaian dilaksanakan sesuai dengan kehendak orang muda sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang RISDA.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tumpuan turut diberikan untuk mendapatkan penglibatan syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka seperti Apple Inc. (Apple) dan Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) serta syarikat-syarikat telekomunikasi bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran bil dan sebagainya.

“Kita mahu pusat perniagaan ini dapat menjadi pusat sehenti dan orang ramai boleh berurusan dengan mudah.

“Daripada segi pengurusan operasinya, kita minta Mara mengambil tanggungjawab sepenuhnya tanpa campur tangan pihak lain,” katanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/operasi-8216-low-yat-2-8217-dijangka-bermula-tiga-bulan-lagi-1.126784#sthash.ZGVkvUwj.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.