Sabtu, 15 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 15, 2015
1
Luahan Hati Emma Maembong Kepada Zizan Razak Yang Selama Ini Jauh Terpendam | Sebelum ini, Emma Maembong pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk ""Dah Playboy Tu Mengaku Ajelah" - Emma Maembong Kepada Zizan Razak?"....so ramai peminat menganggap ianya ditujukan khas kepada bekas kekasihnya pelawak terkenal, Zizan Razak.

Luahan Hati Emma Maembong Kepada Zizan Razak Yang Selama Ini Jauh Terpendam

Terkini, menerusi laman web hiburan, Bnara, Emma sekali lagi meluahkan rasa hatinya yang selama ini terpendam jauh terpendam. Kami ibaratkan ianya seperti gunung berapi, akhirnya kesabaran Emma tak mampu dibendung lagi hingga dia mengelurakan kenyataan begini...
Saya tak tahan. Mungkin saya menulis kerana dah tak tahan dengan sikapnya. Bagi saya sepanjang masa saya hidup dalam penipuan. Saya berhadapan dengan penipu. Bila pihak di sebelah sana (Zizan) beritahu alasan palsu berkenaan punca kami putus disebabkan kereta Ferrari, saya langsung tak menafikan atau mengakui.

Maksudnya kami putus hanya kerana kereta Ferrari dan benda-benda bodoh. Saya rasa selama ini teruk saya kena kritik seperti dikatakan tak matang, kebudak-budakan dan macam-macam lagi.

Sampailah saya terdengar ada orang yang rapat dengan saya memberitahu terjumpa Zizan dan dia bercerita perkara buruk terhadap saya. Segala kesalahan dikatakan berpunca daripada saya. Saya rasa cukuplah apa yang berlaku. Mula-mula dia menipu media apabila mengatakan kami putus kerana Ferrari. Kemudian tipu peminat dengan alasan bodoh.

Cukupulah itu, tiba-tiba sekarang dia nak hasut fikiran orang yang rapat dengan saya pula. Bagi saya tindakan itu keterlaluan. Apa yang dia nak lagi? Dari situlah saya berfikir tak boleh biarkan begitu saja. Saya tak nak serang dia. Tak pastilah mungkin ini fitnah.

Mungkin orang sengaja nak mengapi-apikan kami. Mungkin ia tak wujud dan dia tak pernah bercerita apa-apa. Kalau betul dia diam itu OKlah, tapi apabila saya hantar mesej Whatsapp untuk ajak bertemu, dia tak mahu pula.

Dia bagi harapan kepada seorang wanita yang betul-betul setia kepadanya. Saya masih muda dan boleh buat macam-macam benda, tapi kerana dia saya akur semuanya. Mungkin saya terlalu cepat jatuh cinta.

Saya boleh sayang terlampau sangat sehingga semua cakapnya saya dengar. Saya ikut semuanya kerana dia termasuk bertudung. Saya berterima kasih kerana dia mendidik saya ke arah kebaikan. Tapi akhirnya saya terkejut dan terlintas apa semua ini? Saya kena ‘prank’ atau kena kejutan apa? Saya memang keliru.Sekiranya dia tidak bersalah, kenapa dia enggan berjumpa saya? Saya rasional dengan apa yang berlaku. Ketika penggambaran telefilem Hantu Wifi saya sudah pun putus cinta dengan dia, tapi saya tetap profesional berlakon dengannya.

Saya masih boleh berlakon sekali. Boleh bergelak ketawa walaupun dalam hati hanya saya yang tahu. Saya boleh pergi program Maharaja Lawak Mega untuk sokong dia walaupun sudah tiada hubungan.

Kalau boleh saya nak pertahankan hubungan kami. Pada fikiran saya, mungkin dengan cara itu hubungan kami akan OK. Dia akan hargai apa yang saya buat seperti menyokongnya ketika bertanding dulu. Ketika itu saya memang berharap agar benda ini dapat mengubah keadaan.

Bagamaipaun saya yang dilihat bersalah. Saya dikatakan jahat termasuk dituduh mahu mengikis duit Zizan. Selepas itu Kamal Adli pula dituduh sebagai perampas, sedangkan perakra sebenarnya lain. Saya akur kami tiada jodoh. Namun saya keecwan kerana sering dianggap negatif.

Kamal pula turut dikaitkan sedangkan dia tiada kena mengena. Cuba bayangkan 2 tahun saya dan Zizan ke hulu ke hilir bersama. Setiap majlis saya pergi dengan dia. Saya juga dengan bangga beritahu media perkara ini. Semuanya OK, takkanlah tiba-tiba kami boleh putus dengan alasan sebuah kereta. Sangat tak logik kan?

Ikutlah apa orang nak cakap kerana saya dah tak kisah. Janji, apa yang saya simpan selama ini saya dah cakap. Saya harap dia bahagia cukuplah.

Saya minta maaf kepada Zizan sekiranya apa yang saya dengar ini palsu dan rekaan. Kalau betul ini hanya fitnah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sehingga hujung kaki kepadanya. Saya tiada niat untuk menjatuhkannya. Kalau saya ada niat, dari awal perkara ini dah lama dihebahkan kepada semua. 
sumber
http://beautifulnara.com/luahan-hati-emma-maembong-tentang-sejarah-percintaannya-dengan-zizan-razak/ 


1 comments:

  1. Belajar drp kesilapan lalu, jgn terlalu membanggakan kekasih hati yg belum pasti arah tujunya. Skrg ni Kamal pula. Harga yg harus Emma bayar bila jd artis, bagus Emma berniaga je.

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.