Rabu, 19 Ogos 2015

Rabu, Ogos 19, 2015
Mekanik Putus Tangan Gara-Gara Juruterbang Mabuk | Seorang mekanik pesawat putus tangan dan cedera parah di muka selepas seorang juruterbang mabuk menghidupkan enjin pesawat di Kosice, Slovakia.

Mekanik Putus Tangan Gara-Gara Juruterbang Mabuk

Menurut laporan Dailymail, Jan Fiala, 52, sedang membaiki enjin sebuah pesawat ringan apabila ia dihidupkan ketika kejadian.

Fiala kemudian dihantar ke sebuah hospital di Bratislava dan kini berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap hospital memberitahu bahawa kecederaan Fiala 'sangat dahsyat' di bahagian tangan dan parah di bahagian muka.

Menurut polis, juruterbang tersebut yang juga merupakan seorang veteran mempunyai bacaan 1.38 permile alkohol ketika kejadian.

Polis kini mengumpul bukti untuk mendakwa juruterbang tersebut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/tangan-putus-gara-gara-juruterbang-mabuk-1.420872


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.