Isnin, 17 Ogos 2015

Isnin, Ogos 17, 2015
Menteri Arah SKMM Jumpa Tokey FB, Google & Twitter Untuk Sekat Media Sosial Di Malaysia? | Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya segera bertemu dengan penyedia platform media sosial -- Facebook (FB), Google dan Twitter -- bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam mengekang penyebaran maklumat palsu dan khabar angin di Malaysia.


Salleh berkata sungguhpun mereka memberi kerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa Malaysia dalam usaha itu, namun tahap kerjasama itu perlu dipertingkatkan lagi.

"Terdapat undang-undang di Malaysia yang mentadbir penyebaran maklumat palsu dan belum disahkan, dan adalah salah di sisi undang-undang jika maklumat itu dimuat naik dan disebarkan kepada umum.

"Pada masa ini, meskipun pihak berkuasa boleh menyekat akses atau menghalang aplikasi seperti itu, mereka tidak akan berbuat demikian memandangkan majoriti pengguna media sosial menggunakan aplikasi berkenaan secara positif dan bukan bagi tujuan negatif atau untuk mencela," katanya menerusi catatan terkini blog beliau.

Salleh bagaimanapun mengingatkan oang ramai bahawa ini tidak bermakna mereka boleh memuatkan maklumat tidak disahkan tanpa menghormati atau mematuhi undang-undang.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/17/salleh-arah-mcmc/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.