Isnin, 10 Ogos 2015

Isnin, Ogos 10, 2015
MH370: Al-Quran Ditemui Terdampar di Pulau Reunion | Penduduk Pulau Reunion semalam menyerahkan senaskhah al-Quran bersalut plastik kepada pihak berkuasa Perancis yang ditemukan mereka semasa mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di pantai timur pulau itu.

MH370: Al-Quran Ditemui Terdampar di Pulau Reunion

“Naskhah itu mungkin dari Malaysia, Indonesia atau Brunei yang majoriti penduduknya adalah Islam,”’ kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya oleh media tempatan mengenai buku bersalut plastik itu.

Wartawan itu menambah, al-Quran berkenaan yang merupakan penemuan terbaharu penduduk pulau juga berkemungkinan dari Mindanao, Filipina.

“Namun secara realitinya, naskhah itu berasal dari mana-mana negara Islam,” kata wartawan itu yang namanya tidak didedahkan sebagaimana lapor portal Telegraph.

Peningkatan penemuan serpihan yang diserahkan di Pulau Reunion meningkatkan keinginan dalam kalangan waris 239 penumpang yang mahu mereka dibawa ke pulau itu.

Sementara itu, kerajaan Perancis terus meningkatkan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan sebuah kapal terbang peninjau di Pulau Reunion manakala bot memantau di laut.

“Atas arahan Presiden dan Perdana Menteri Perancis, aset tambahan maritim dan pasukan udara dikerahkan bagi mengesan serpihan di sekitar Pulau Reunion,” kata kementerian pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama.

Tambah kenyataan itu, pihak pentadbir Pulau Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang akan dilakukan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan.

Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/senaskhah-al-quran-ditemukan-di-pulau-reunion-1.122294#sthash.4BiSSUZe.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.