Khamis, 13 Ogos 2015

Khamis, Ogos 13, 2015
Model Pakaian Muslimah Di Cekup Khalwat | Seorang kakitangan awam yang juga model sambilan pakaian Muslimah ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah bilik hotel bajet di pekan Jempol, di Jempol Isnin lalu.

Model Pakaian Muslimah Di Cekup Khalwat

Sumber berkata, wanita berusia 38 tahun yang dipercayai sudah menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang berusia 34 tahun sejak beberapa bulan lalu itu ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada jam 5 pagi.

Menurutnya, pasangan terbabit bertugas di tempat sama di sebuah jabatan kerajaan di Rembau.

“Bagaimanapun, perbuatan jijik mereka terbongkar hasil operasi dijalankan sepasukan penguat kuasa JHEAINS di hotel berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, penguatkuasa mengetuk pintu bilik berulang kali sebelum seorang lelaki membukanya.

“Lelaki terbabit terkejut, namun memberikan kerjasama dan hasil pemeriksaan mendapati dia dan pasangannya bukan muhrim,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu percubaan melakukan persetubuhan haram.

Katanya, mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, jurucakap JHEAINS ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/70062#sthash.Xc9ME6tt.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.