Khamis, 6 Ogos 2015

Khamis, Ogos 06, 2015
Neelofa Akui Tak Tahu Termakan Siput Haram | Neelofa mengakui dia tidak mengetahui status halal siput Escargot yang dimakannya ketika bercuti di Paris, Perancis, baru-baru ini hingga mengundang perdebatan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial Instagram.

Neelofa Akui Tak Tahu Termakan Siput Haram

Neelofa ketika dihubungi mengakui dia memakan siput berkenaan di restoran di Paris tanpa was-was kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi.

Tindakan pengacara program MeleTop itu memuat naik foto hidangan makanan itu di Instagram dikritik segelintir pengikut laman sosial itu yang mendakwa siput berkenaan tidak halal untuk dimakan.

"Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu," katanya.

Menurutnya, jika dia tahu kontroversi dan keraguan yang bakal timbul sudah tentu dia tidak akan mengambil gambar apatah lagi menjamah hidangan berkenaan.

"Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum. Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu," katanya.

Neelofa berkata, dia akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ketika dihubungi berkata, haiwan itu tidak mendapat sijil halal kerana garis panduan yang dikeluarkan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ia sejenis haiwan yang haram dimakan umat Islam.

Dalam pada itu, semakan pada portal rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/68474#sthash.MnfMbC7n.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.