Ahad, 30 Ogos 2015

Ahad, Ogos 30, 2015
Nubhan Sah Bergelar Suami | Selepas sah menjadi suami isteri pukul 3.35 petang ini, pe­nyanyi Ahmad Nubhan Ahamad, 29, atau Nubhan dan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, merancang ke Amsterdam, Belanda untuk bercuti serta berbulan madu.

Nubhan Sah Bergelar Suami

Penyanyi lagu berjudul `Oh Juwita’ itu berkata, mereka akan ke destinasi tersebut pada awal September ini sebaik sahaja iste­rinya pulang dari Mesir untuk menguruskan hal pembelajarannya dalam masa terdekat ini.

Nubhan Sah Bergelar Suami

“Afifah masih lagi belajar dalam bidang perubatan di Mesir dan akan tamat pengajian pada Jun 2016. Sekarang dia bercuti dan semester baharu akan bermula peng­hujung September.

Nubhan Sah Bergelar Suami

“Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada untuk bercuti dan berbulan madu ke Amsterdam. Destinasi itu dipilih ke­rana panoramanya yang cantik dengan seni bina bangunan yang menarik,” jelas Nubhan sejurus selesai majlis pernikahannya di kediaman keluarga Afifah Hidayah di Taman Rasah Kemayan, Seremban 2, di sini.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nubhan-isteri-berbulan-madu-di-amsterdam-1.129861#sthash.DiTnYiZG.dpuf
http://www.rotikaya.com/nubhan-afifah-selamat-bergelar-suami-isteri/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.