Sabtu, 1 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 01, 2015
Pakar Australia Semakin Yakin Serpihan Dari Pesawat MH370 : Pakar penerbangan Australia menyatakan mereka semakin yakin bahagian sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi kelmarin adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pakar Australia Semakin Yakin Serpihan Dari Pesawat MH370

Ketua pasukan pencari merangkap Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, berkata pasukannya semakin yakin penemuan serpihan pesawat kira-kira 933 kilometer ke tenggara Madagascar itu milik MH370.

"Pasukan kami masih bekerjasama dengan pakar dari Perancis dan Malaysia untuk menganalisis semua maklumat berkaitan penemuan serpihan ini.

"Masih belum ada kepastian dan keputusan muktamad tetapi kami berharap penemuan ini boleh merungkai misteri MH370... Semoga ia memberikan keputusan yang meyakinkan dalam tempoh 24 jam akan datang," katanya. - AFP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/71292


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.