Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
Panel SPRM Tuntut Pegawai Mereka Di Kembalikan | Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menuntut agar Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing.

Panel SPRM Tuntut Pegawai Mereka Di Kembalikan

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaafar dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya yang merupakan salah satu panel memantau perjalanan SPRM terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada Jumaat.

Menurutnya, pertukaran tersebut pasti akan meningkatkan ketegangan seperti yang berlaku ketika ini.

"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.

"PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat, Bahri dan Rohaizad dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Johan berkata, panel itu menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.

Panel itu turut memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya bertindak atas arahannya.

"Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali," kata Johan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/08/dua-pengarah-sprm-diminta-dikembalikan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.