Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 08, 2015
Penat Bergayut, Kepala Samseng Akhirnya Serah Diri : Seorang ‘kepala’ samseng paling ditakuti di daerah ini terpaksa berpeluk pada paip pembetung di tingkat 10 sebuah pangsapuri selama empat jam dalam usaha mengelak diberkas polis.


Suspek berusia 28 tahun itu sebelum ini dikatakan kerap membuat kacau dengan memaksa peniaga dan pemilik restoran di sekitar daerah ini membayar wang perlindungan kepadanya.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, suspek akhirnya menyerah diri kepada polis selepas kepenatan berpaut lama pada paip itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek sebelum ini pernah terbabit dengan kegiatan pemerasan di sebuah restoran di Bandar Teknologi, Kajang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/69070?#sthash.AGbxkJjr.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.