Ahad, 16 Ogos 2015

Ahad, Ogos 16, 2015
Pencuri Coli & Seluar Dalam Penduduk Akhirnya Di Tahan | Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan penduduk pangsapuri di Seksyen 17 Shah Alam Selasa lalu selepas didapati mencuri pakaian termasuk coli dan seluar dalam penduduk.

Pencuri Coli & Seluar Dalam Penduduk Akhirnya Di Tahan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi itu, beberapa penduduk ternampak kelibat suspek sedang mencuri pakaian dalam di salah sebuah rumah di tingkat bawah sebelum mengejar dan berjaya menahannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek turut membawa beg untuk mengisi pakaian dalam yang dicuri.

"Selepas diperiksa didapati beg itu mengandungi tujuh helai baju dalam, enam helai seluar dalam, stokin, tudung dan baju sejuk milik penduduk.

"Suspek yang bekerja kilang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/70450#sthash.mSWBtASO.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.