Isnin, 17 Ogos 2015

Isnin, Ogos 17, 2015
Pencuri Larikan MPV Polis Akhirnya Serah Diri | Selepas 17 jam akhirnya suspek yang diburu polis kerana melarikan sebuah kereta Proton Wira MPV Polis Balai Seri Alam dekat sini, menyerah diri.

Pencuri Larikan MPV Polis Akhirnya Serah Diri

Lelaki berusia 22 tahun itu diserahkan sendiri oleh keluarganya kira-kira 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk bekerjasama dengan siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, suspek kemudian ditahan untuk disiasat lebih lanjut berhubung kes melarikan kenderaan itu serta kes cubaan samun yang dilakukannya sebelum kejadian.

Terdahulu, beliau berkata, kereta pasukan MPV itu ditemui di tepi jalan di kawasan Kangkar Tebrau di sini, kira-kira 9 pagi tadi, selepas sekatan jalan raya (SJR) dan usaha mengesan suspek secara besar-besaran dibuat sejurus kejadian berlaku.

"SJR dan usaha mengesan suspek serta kereta pasukan MPV terus diaktifkan serta merta sehingga kenderaan terbabit berjaya ditemui semula hasil maklumat orang awam.

"Ia ditinggalkan di kawasan Kangkar Tebrau di sini," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/70769#sthash.CjiUkvxo.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.