Ahad, 16 Ogos 2015

Ahad, Ogos 16, 2015
Penjenayah larikan MPV Polis Di Buru | Seorang suspek lelaki berusia 22 tahun kini diburu polis selepas melarikan kereta peronda polis dalam kejadian di Jalan Bukit 8, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, malam tadi.

Penjenayah larikan MPV Polis Di Buru

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek yang dipercayai tangannya bergari di depan turut melarikan senjata api MP5 dan peluru yang berada dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, suspek ditahan polis selepas menerima laporan daripada orang awam yang berjaya menangkap suspek berhubung satu kejadian samun.

"Sebaik polis tiba di lokasi, suspek ditahan dan digari anggota bertugas.

"Bagaimanapun, ketika anggota polis masih berada di luar kenderaan, suspek melarikan MPV berkenaan," katanya katanya ketika ditemui di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pagi tadi.

Menurutnya, sehingga kini pihak polis masih memburu suspek dan usaha menjejaki kedudukan kenderaan MPV berkenaan sedang dijalankan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/70756#sthash.2aP0LHGU.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.