Rabu, 26 Ogos 2015

Rabu, Ogos 26, 2015
Penyampai TV Maut Ketika Siaran Langsung | Seorang penyampai televisyen rebah lantas maut dalam keadaan tragis ketika sedang bertugas menyampaikan rancangan sukan yang disiarkan secara langsung di Magribi, pada hujung minggu lalu.

Penyampai TV Maut Ketika Siaran Langsung

Ketika kejadian, lelaki itu sedang memegang mikrofon dan mengulas mengenai upacara penyampaian hadiah kepada peserta apabila secara tiba-tiba rebah.

Tidak lama kemudian lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beberapa lelaki kemudiannya mengelilingi penyampai TV itu bagi menghalang rakaman kamera dan keadaan itu berterusan sehinggalah klip secara langsung itu dipotong.

Video mengenai kejadian itu telah dimuatnaik dalam media sosial dan beliau meninggal dunia pada 22 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

sumber
http://newmalaysianpost.com/2015/08/25/penyampai-tv-meninggal-dunia-ketika-siaran-langsung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.