Rabu, 19 Ogos 2015

Rabu, Ogos 19, 2015
Pertandingan PELIK, Selfie Dengan Mayat | Polis Russia semalam mula menyiasat satu pertandingan menerusi media sosial popular negara itu yang menawarkan hadiah untuk ‘selfie terbaik dengan mayat.’


Satu komuniti dalam VK, versi Facebook di Russia dengan 70 juta pengguna, mempelawa ahlinya memuat naikkan gambar selfie dengan mayat dan menawarkan hadiah wang tunai kepada gambar terbaik, kata polis, semalam.

Komuniti itu yang menggelar diri mereka ‘Selfie Dengan Si Mati’ menjanjikan hadiah antara 1,000 dan 5,000 rouble (RM60 dan RM300) untuk gambar terbaik.

Pentadbir kumpulan itu meletakkan syarat bahawa mereka yang merakam selfie perlu tersenyum kerana si mati sudah ‘berpindah ke alam lebih baik.’

Laman ‘Selfie Dengan Si Mati’ itu dipenuhi gambar mereka yang berselfie di sisi mayat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/71358#sthash.rSHR5KR1.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.