Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 08, 2015
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia Bakal DIAMKAN Rakyat? | Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 yang bakal diusul Oktober nanti merupakan usaha kerajaan untuk mendiamkan rakyat.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia Bakal DIAMKAN Rakyat?

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, media sosial merupakan salah satu cabang berguna bagi rakyat untuk menyalurkan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu semasa berkaitan kerajaan dengan rakyat.

"Sekarang bagaikan berjalan satu operasi untuk mendiamkan anak muda dan pimpinan politik yang lantang bersuara meminta penjelasan serta menggertak agensi-agensi kerajaan yang melakukan siasatan.

"Seolah-olah ada satu usaha untuk mendiamkan rakyat yang begitu marah akibat pelbagai skandal dan kepincangan yang melanda negara," katanya menerusi sebuah sidang media di sini, hari ini.

Awal minggu ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia dan SKMM.

Katanya, penggunaan internet dan media sosial di negara ini dipelopori terlalu meluas tanpa mengikut undang-undang.

Menurut Fahmi lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya bersikap lebih demokratik dan terbuka dalam menerima kritikan rakyat khusus menerusi media sosial.

"Beliau (Najib) perlu sedar bahawa media sosial merupakan perhubungan dua hala. Zaman perhubungan satu hala sudah lama berkubur.

"Beliau tidak sepatutnya menggunakan retorik "trial by social media" sebagai alasan membuat pindaan terhadap akta-akta ini, lebih-lebih lagi kerana rakyat hanya mengharapkan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Kekangan dan tindakan ini hanya mengukuhkan persepsi bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan.," katanya lagi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/politik/akta-komunikasi-dibuat-untuk-diamkan-rakyat-1.417116


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.